Semua kajian kes
Persatuan penduduk
SpringVale Residences
Satu rumah digital untuk persatuan penduduk: laman web rasmi, marketplace komuniti, dan sistem AJK untuk dokumen, surat berita, laporan penduduk dan pemantauan yuran.
- Klien
- Persatuan Penduduk SpringVale Residences (SVRA), Kotasas, Kuantan
- Website
- springvaleresidences.my

01
Cabaran
- Notis, kertas kerja aktiviti dan surat Pengerusi disediakan secara manual dalam Word dan bertaburan dalam kumpulan WhatsApp.
- Penduduk tiada satu tempat untuk berjual beli atau menawarkan servis kepada jiran, atau melaporkan masalah di kawasan perumahan.
- AJK memerlukan paparan kutipan yuran sekuriti bulanan yang jelas dan read-only untuk mesyuarat, tanpa berkongsi spreadsheet.
02
Apa yang kami buat
- Laman web rasmi SVRA dengan maklumat pengurusan, aktiviti dan kalendar aktiviti.
- SpringVale Hub: marketplace komuniti untuk hartanah, kenderaan, kerja, produk, servis dan acara, dengan akaun penduduk dan garis panduan iklan.
- Aplikasi AJK yang menukar borang kepada dokumen rasmi: kertas kerja aktiviti, kehadiran, tinjauan dan laporan dijana sebagai PDF, serta surat bulanan Pengerusi dan pengumuman diemel kepada penduduk.
- Borang laporan penduduk (haiwan liar, kebocoran, lampu rosak dan lain-lain) dan skrin pemantauan yuran berkata laluan untuk mesyuarat AJK.
03
Hasilnya
- Dokumen AJK mengikut satu format rasmi dan disiapkan dalam beberapa minit, bukan berjam-jam.
- Penduduk menerima pengumuman dan surat Pengerusi melalui emel, serta marketplace daripada jiran sendiri.
- Setiap perubahan direkod dalam log audit, dan dokumen yang siap dikunci sebaik PDF dikeluarkan.
Paparan projek












Hasil kerja berkaitan

Agensi kerajaan negeri
Invest PKNP
Portal pelaburan moden dan mesra telefon untuk One-Stop-Agency PKNP, menggantikan laman web yang tidak dikemas kini lebih lima tahun.
Web KorporatWeb Care
Baca kajian kes
Persatuan industri
REHDA Selangor
Web Care bulanan untuk laman web rasmi REHDA Selangor: laman WordPress yang sarat kandungan untuk pemaju hartanah, dikemas kini, di-backup dan dijaga keselamatannya setiap bulan.
Web Care
Baca kajian kesJom berbincang
Ceritakan tentang projek anda
Jawab tiga soalan ringkas dan kami akan balas di WhatsApp dalam satu hari bekerja dengan langkah seterusnya.