Web Care
Laman web anda, dijaga setiap bulan
Laman web bukan “siap” bila dilancarkan. Plugin perlu dikemas kini, backup perlu disemak dan kandungan perlu diubah. Web Care ialah pelan bulanan kami yang pastikan laman web anda selamat, laju dan terkini — dengan masa respons yang ditulis dalam perjanjian.

Biasa dengar?
- Tiada siapa kemas kini plugin sehingga ada yang rosak
- Tiada backup terkini bila laman web down
- Suntingan kecil ambil berminggu untuk siap
- Tak tahu sama ada laman web perlahan atau digodam
Apa yang termasuk
- Kemas kini WordPress, tema dan plugin
- Backup berjadual di luar server
- Pemantauan uptime dan keselamatan
- Semakan dan pembaikan kelajuan
- Suntingan kandungan setiap bulan
- Laporan bulanan yang mudah difahami
Sesuai untuk
- Mana-mana laman WordPress (dibina oleh kami atau tidak)
- Kedai online yang tak mampu down
- Organisasi tanpa team web dalaman
- Laman web yang pernah digodam
Harga
Pakej Web Care
Setiap projek diberi harga ikut skopnya. Beritahu kami apa yang anda perlukan dan anda dapat sebut harga bertulis yang tetap sebelum kerja bermula.
Basic Care
Perlindungan asas untuk laman web profil syarikat.
Pelan bulanan · Sebut harga ikut skop
- Kemas kini mingguan
- Backup mingguan (sejarah 30 hari)
- Pemantauan uptime + keselamatan
- 30 minit suntingan / bulan
- Respons dalam 2 hari bekerja
- Laporan bulanan
Advance Care
Untuk laman web penjana prospek yang mesti kekal laju.
Pelan bulanan · Sebut harga ikut skop
- Semua dalam Basic
- Backup harian
- Pembersihan malware termasuk
- Pengoptimuman kelajuan setiap suku
- 2 jam suntingan / bulan
- Respons dalam 1 hari bekerja
Premium Care
Untuk kedai online dan laman web kritikal.
Pelan bulanan · Sebut harga ikut skop
- Semua dalam Advance
- Backup masa nyata untuk pesanan
- Semakan WooCommerce + bayaran
- 5 jam suntingan / bulan
- Respons dalam 4 jam
- Panggilan strategi 30 minit setiap bulan
Kajian Kes
Hasil kerja berkaitan

Agensi kerajaan negeri
Invest PKNP
Portal pelaburan moden dan mesra telefon untuk One-Stop-Agency PKNP, menggantikan laman web yang tidak dikemas kini lebih lima tahun.

Persatuan industri
REHDA Selangor
Web Care bulanan untuk laman web rasmi REHDA Selangor: laman WordPress yang sarat kandungan untuk pemaju hartanah, dikemas kini, di-backup dan dijaga keselamatannya setiap bulan.
Maintenance website di Kuantan dan seluruh Malaysia
Kami menjaga laman web WordPress untuk organisasi di Kuantan dan seluruh Malaysia, termasuk Invest PKNP di bawah perjanjian Web Care 24 bulan dan REHDA Selangor dengan pelan bulanan. Anda mendapat pegawai untuk dihubungi di Kuantan, kemas kini dan backup setiap bulan, pemantauan uptime dan keselamatan, serta suntingan kandungan mengikut jam pelan anda. Kami juga boleh ambil alih laman yang dibina syarikat lain, bermula dengan semakan kesihatan.
FAQ
Soalan lazim
Boleh. Kami mula dengan semakan kesihatan laman WordPress anda, baiki apa yang mendesak, kemudian masukkan ke dalam pelan.
Kemas kini WordPress, tema dan plugin, backup di luar pelayan, pemantauan uptime dan keselamatan, serta suntingan kandungan bulanan. Masa respons 2 hari bekerja (Basic), 1 hari bekerja (Advance) atau 4 jam (Premium). Kami menjaga laman untuk klien di Kuantan dan seluruh Malaysia.
Pelan berjalan bulan ke bulan selepas minimum 3 bulan, supaya kami ada masa untuk stabilkan laman web anda dengan betul.
Kami pulihkan dari backup yang bersih dan buang malware. Pembersihan termasuk dalam Advance dan Premium Care.
Jom berbincang
Ceritakan tentang projek anda
Jawab tiga soalan ringkas dan kami akan balas di WhatsApp dalam satu hari bekerja dengan langkah seterusnya.