Studio reka bentuk web di Kuantan, Pahang

Tentang Web Design Kuantan

Studio kecil di Kuantan yang mereka, membina dan menjaga laman web untuk bisnes, persatuan dan agensi kerajaan di seluruh Pahang dan Malaysia.

Ringkasnya

Web Design Kuantan ialah studio laman web milik Pixel & Borders Services (SSM SA0519429-W), diasaskan pada 2011 oleh Roditeng bin Osmanteng. Dari pejabat kami di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, kami mereka dan membina laman web korporat, kedai online dan automasi web, kemudian menjaganya melalui Web Care bulanan, dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Roditeng bin Osmanteng
Roditeng bin OsmantengPengasas, Pixel & Borders Services

Siapa kami

Pixel & Borders Services menjalankan projek reka bentuk dan digital sejak 2011, untuk klien termasuk PKNP, UMP, MCMC, Felda dan FGV. Web Design Kuantan ialah bahagian syarikat yang fokus pada satu kerja: laman web yang buat organisasi nampak sehebat kemampuannya, dan membawa pertanyaan.

Studio ini diketuai pengasas, Roditeng bin Osmanteng. Anda berurusan dengan team kami sendiri dari panggilan pertama hingga pelancaran, dan selepasnya melalui Web Care bulanan.

Apa yang kami buat

  • Laman web korporat untuk PKS, persatuan, GLC dan agensi kerajaan
  • Kedai online dengan bayaran FPX dan kad, penghantaran kurier dan notifikasi pesanan WhatsApp
  • Automasi web yang menyambung laman anda dengan WhatsApp, emel dan Google Sheets
  • Web Care: kemas kini, backup, keselamatan dan suntingan bulanan untuk laman WordPress

Cara kami bekerja

  • Skop bertulis dan harga tetap sebelum kerja bermula
  • Deposit 50% untuk mula, 50% sebelum pelancaran
  • Dua pusingan pindaan reka bentuk termasuk
  • Laman web, reka bentuk dan kandungan milik anda selepas bayaran penuh
  • Pemantauan dan sokongan percuma 30 hari selepas pelancaran

Maklumat syarikat

  • Pixel & Borders Services (SSM SA0519429-W)
  • A27-2, Jalan IM 7/19, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
  • Telefon dan WhatsApp: 018-256 4010
  • Emel: hi@webdesignkuantan.my
  • Waktu pejabat: Isnin hingga Jumaat, 9:00 pagi hingga 5:00 petang

FAQ

Soalan lazim

Ya. Web Design Kuantan ialah jenama Pixel & Borders Services, berdaftar dengan SSM di bawah SA0519429-W.

Boleh. Pejabat kami di Bandar Indera Mahkota, Kuantan, dibuka Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang. Klien di luar Kuantan biasanya berjumpa secara online.

Team kami sendiri di Pixel & Borders Services, Kuantan, diketuai pengasas, Roditeng bin Osmanteng.

Jom berbincang

Tempah Konsultasi Percuma

Studio kecil di Kuantan yang mereka, membina dan menjaga laman web untuk bisnes, persatuan dan agensi kerajaan di seluruh Pahang dan Malaysia.