Studio reka bentuk web di Kuantan, Pahang
Semua kajian kes

Agensi kerajaan negeri

Invest PKNP

Portal pelaburan moden dan mesra telefon untuk One-Stop-Agency PKNP, menggantikan laman web yang tidak dikemas kini lebih lima tahun.

Klien
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP)
Servis
Web Korporat,Web Care
Website
investpknp.gov.my
Invest PKNP

01

Cabaran

  • Laman web pelaburan tidak dikemas kini dengan ketara lebih lima tahun, menyebabkan Pahang nampak kurang aktif berbanding negeri lain.
  • Susun atur tidak responsif dan halaman perlahan, sedangkan kebanyakan pelabur mula membuat kajian di telefon.
  • Laman web berfungsi seperti brosur statik, tanpa laluan jelas untuk pelabur mencari sektor, insentif atau pegawai yang betul.

02

Apa yang kami buat

  • Projek 3 bulan bermula dengan Kajian Keperluan Bisnes (BRS) untuk memahami keperluan pelabur.
  • Sitemap dan wireframe dibina ikut perjalanan pelabur, diikuti reka bentuk UI dan prototaip.
  • Kandungan dwibahasa, latihan ICT untuk staf, dan perjanjian Web Care 24 bulan untuk penyelenggaraan dan sokongan teknikal.

03

Hasilnya

  • Portal pelaburan responsif yang menampilkan Pahang sebagai negeri yang bersedia untuk bisnes.
  • Seruan tindakan yang jelas membawa pelabur terus kepada team One-Stop-Agency.
  • Team dalaman terlatih untuk kemas kini kandungan, dengan Web Care 24 bulan untuk kemas kini, backup dan sokongan.
“
Professional web design service. Our new website has increased leads significantly.

En. Lizam

ICT Team, PKNP

Paparan projek

Halaman utama Invest PKNP dengan banner One-Stop-Agency
Halaman utama Invest PKNP dengan banner One-Stop-Agency
Bahagian Invest In Pahang: infrastruktur, modal insan dan kawasan perindustrian
Bahagian Invest In Pahang: infrastruktur, modal insan dan kawasan perindustrian
Halaman kawasan perindustrian Gebeng
Halaman kawasan perindustrian Gebeng
PKNP sebagai One-Stop-Agency, halaman perkhidmatan pelabur
PKNP sebagai One-Stop-Agency, halaman perkhidmatan pelabur
Sorotan syarikat dengan testimoni pelabur di Pahang
Sorotan syarikat dengan testimoni pelabur di Pahang

Jom berbincang

Ceritakan tentang projek anda

Jawab tiga soalan ringkas dan kami akan balas di WhatsApp dalam satu hari bekerja dengan langkah seterusnya.