Pengurusan Media Sosial
Media sosial anda, diterbitkan tepat masa dan diukur setiap bulan
Anda hantar kapsyen dan poster; kami jadualkan, terbitkan di setiap platform yang anda guna dan pantau komen. Setiap bulan anda terima laporan yang jelas tentang pengikut, like, komen, share dan capaian, berserta carta pertumbuhan dan cadangan mudah tentang apa yang patut dipost seterusnya.

Biasa dengar?
- Post lambat, atau langsung tak keluar bila kerja sibuk
- Setiap platform dipost secara manual, satu demi satu
- Tiada siapa tahu sama ada pengikut dan engagement meningkat
- Komen pelanggan menunggu berhari-hari untuk dijawab
Apa yang termasuk
- Kalendar kandungan bulanan dan penjadualan
- Terbitan ke setiap platform yang anda guna
- Setiap post disesuaikan dengan format platform
- Pemantauan komen, soalan dimaklumkan kepada anda
- Laporan bulanan: pengikut, like, komen, share, capaian / tontonan
- Carta pertumbuhan dan cadangan dari dashboard dalam bahasa mudah
Sesuai untuk
- Bisnes yang sudah sediakan poster dan kapsyen sendiri
- Pemilik yang tiada masa untuk post secara konsisten
- Jenama yang aktif di beberapa platform serentak
- Organisasi yang perlukan angka bulanan untuk pengurusan
Harga
Pakej Pengurusan Media Sosial
Setiap projek diberi harga ikut skopnya. Beritahu kami apa yang anda perlukan dan anda dapat sebut harga bertulis yang tetap sebelum kerja bermula.
Social Starter
Pastikan satu atau dua akaun aktif dan ikut jadual.
Pelan bulanan · Sebut harga ikut skop
- 2 platform (cth. Facebook + Instagram)
- Sehingga 12 post / bulan
- Penjadualan dan terbitan
- Semakan komen dua kali seminggu
- Laporan bulanan + carta pertumbuhan berbanding bulan lepas
- Kapsyen dan poster disediakan oleh anda
Social Growth
Untuk bisnes yang aktif di beberapa platform.
Pelan bulanan · Sebut harga ikut skop
- Sehingga 4 platform
- Sehingga 20 post / bulan
- Semakan komen setiap hari bekerja
- Laporan dengan post terbaik dan perbandingan platform
- Cadangan: hari, masa dan jenis post terbaik
- Kapsyen dan poster disediakan oleh anda
Social Pro
Untuk jenama yang post hampir setiap hari, termasuk video.
Pelan bulanan · Sebut harga ikut skop
- Sehingga 6 platform, termasuk TikTok dan YouTube
- Sehingga 30 post / bulan
- Balas komen rutin menggunakan jawapan yang anda luluskan
- Ringkasan mingguan + laporan bulanan penuh
- Semakan trend setiap suku tahun
- Panggilan semakan 30 minit setiap bulan
- Kapsyen, poster dan video disediakan oleh anda
Tambahan
Semua pelan menerbitkan kandungan yang anda sediakan. Jika anda mahu kami yang hasilkan, tambah mana-mana di bawah ke pelan anda. Disebut harga bersama pelan.
- Penulisan kapsyenKapsyen BM dan/atau Inggeris dari ringkasan anda, dengan hashtag dan seruan tindakan, dihantar untuk kelulusan anda.
- Reka bentuk poster kreatifPoster dan slaid carousel ikut jenama anda, saiz ikut setiap platform, dari gambar dan tawaran anda.
- Pelan kandungan bulananKalendar tema, idea post dan tarikh penting seperti musim perayaan dan promosi, dipersetujui sebelum bulan bermula.
- Penyediaan dan kemas kini profilSekali sahaja: bio, gambar profil dan cover, pautan, maklumat hubungan dan asas Google Business Profile diselaraskan di semua platform.
Pengurusan Media Sosial
Bagaimana sebulan berjalan
Rutin yang mudah, supaya akaun anda kekal aktif tanpa anda perlu kejar sesiapa.
- 1
Sambung dan garis asas
Anda tambah kami sebagai pengurus di page anda; anda kekal sebagai pemilik. Kami tarik post terkini anda (sehingga enam bulan lepas) untuk garis asas laporan.
- 2
Anda hantar kandungan
Kapsyen dan poster (dan video, jika ada) untuk bulan seterusnya, dalam folder kongsi atau di WhatsApp, sebelum tarikh yang dipersetujui.
- 3
Kami jadualkan, anda luluskan
Kami sesuaikan saiz setiap post ikut platform, letak dalam kalendar pada waktu yang sesuai dan hantar kalendar untuk anda luluskan sebelum apa-apa diterbitkan.
- 4
Terbit dan pantau
Post keluar ikut jadual. Kami pantau komen dan sampaikan soalan, aduan dan prospek kepada anda dengan cepat.
- 5
Laporan bulanan
Pengikut, like, komen, share dan capaian atau tontonan, berbanding bulan lepas, dengan carta pertumbuhan, post terbaik dan cadangan ringkas.
Pengurusan media sosial untuk bisnes di Kuantan
Ramai bisnes di Kuantan sudah ada poster dan promosi, tetapi tiada masa untuk post setiap minggu. Dari pejabat kami di Bandar Indera Mahkota, kami ambil alih kerja itu: post anda keluar ikut jadual di Facebook, Instagram, TikTok dan Google Business Profile, supaya pelanggan di Kuantan dan seluruh Pahang nampak anda bila mereka scroll atau membuat carian. Anda ada seorang pegawai yang kenal akaun anda, kita boleh berjumpa bersemuka di Kuantan atau secara online, dan jika nanti anda perlukan kapsyen atau poster juga, kami boleh sediakan sebagai tambahan.
FAQ
Soalan lazim
Tidak dalam pelan asas: anda sediakan kapsyen dan poster, dan kami jadualkan, terbitkan, pantau dan laporkan. Jika anda mahu kami yang hasilkan, penulisan kapsyen dan reka bentuk poster boleh ditambah.
Facebook, Instagram, TikTok, Threads, LinkedIn, YouTube, X, Pinterest dan Google Business Profile. Angka dalam laporan bergantung pada apa yang setiap platform kongsi: kebanyakannya beri pengikut, like, komen, share dan tontonan, manakala Google Business Profile melaporkan paparan profil, bukan angka setiap post.
Tidak, dan berhati-hati dengan sesiapa yang menjanjikannya. Kami tidak beli pengikut atau guna engagement palsu. Kami post secara konsisten, laporkan angka sebenar setiap bulan dan cadangkan apa yang perlu diubah berdasarkan apa yang berkesan.
Anda. Kami ditambah sebagai pengurus atau editor, bukan pemilik, dan anda boleh buang akses kami bila-bila masa.
Tidak. Pelan ini meliputi posting organik, pemantauan dan laporan. Bajet iklan dan kempen iklan adalah berasingan daripada pelan.
Pelan berjalan bulan ke bulan selepas minimum 3 bulan, supaya ada data yang cukup untuk melihat trend sebenar dalam laporan.
Jom berbincang
Ceritakan tentang projek anda
Jawab tiga soalan ringkas dan kami akan balas di WhatsApp dalam satu hari bekerja dengan langkah seterusnya.